Wednesday, November 26, 2014

KECERGASAN FIZIKAL DAN KESEJAHTERAAN (SAINS SUKAN)







A. TERDAPAT 2 KONSEP KECERGASAN FIZIKAL IAITU:

  1. Berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian.
  2. Menggunakan masa lapang dengan lebih berkesan.

B. KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN KESIHATAN:

  1. Daya Tahan Kardiovaskular.
  2. Daya Tahan Otot.
  3. Kekuatan Otot.
  4. Fleksibiliti.
  5. Komposisi Badan.

1. Daya Tahan Kardiovaskular.

-Kemampuan jantung, salur darah, darah dan sistem respiratori untuk membekalkan oksigen ke otot-otot pada tubuh.
-Keupayaan otot untuk menggunakan bahan bakar bagi melakukan aktiviti fizikal dalam jangka masa yang lama.

2. Daya Tahan Otot

-Keupayaan otot melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangka masa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.

3. Kekuatan Otot

-Merupakan otot-otot yang berkerja dapat mengatasi rintangan bagi menghasil kan daya atau kerja.

4. Fleksibiliti

-Julat pergerakan yang boleh dilakukan pada sendi-sendi.

5. Komposisi Badan

-Kadar relatif otot rangka, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh individu.

C. TERDAPAT 2 KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL:

  1. Kepantasan.
  2. Ketangkasan.

D. MAKSUD KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN LAKUAN MOTOR:

1. Kepantasan

-Kepantasan adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam jangka masa yang singkat.
-Kepantasan juga dirujuk sebagai jarak pergerakan yang dicapai atau diperoleh dalam satu jangka masa yang diberi.

2. Ketangkasan

-Ketangkasan merupakan keupayaan individu untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan cepat dan seterusnya mampu menukar arah dengan pantas.

3. Koordinasi

-Koordinasi adalah kebolehan individu yang aktif fizikalnya untuk menyelaraskan dan menyeragamkan pergerakan anggota tubuh.

4. Kuasa

-Kuasa ialah keupayaan individu yang cergas dapat memindahkan tenaga kepada daya dengan cepat dan pantas secara eksplosif.

5. Imbangan

-Imbangan merujuk kepada keupayaan individu mengekalkan kedudukan tubuhnya dengan baik sama ada ketika bergerak ataupun pegun.

6. Masa Reaksi

-Masa reaksi merujuk kepada masa yang diambil oleh individu untuk bertindak setelah menerima ransangan.

E. TERDAPAT 3 KOMPONEN UTAMA YANG PERLU DILAKUKAN APABILA MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL:

  1. Pemanasan Badan.
  2. Aktiviti Gerak Kerja.
  3. Aktiviti Gerak Kendur Atau Menyejukkan Badan.





P/S: Semoga Nota Dan Input Yang Telah Dikongsikan Ini Dapat Memberikan Manfaat Kepada Semua.

(Sumber Nota Diatas Ialah Daripada Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 6.)


1 comment:

  1. ada tak nota sains sukan stpm penggal 2. mengenai penyesuaian fisiologi terhadap senaman
    kesejahteraan

    ReplyDelete