Tuesday, December 9, 2014

MELATIH ATLET MUDA (COACHING YOUNG ATHLETES) SPORTS SCIENCE AND COACHING

PENGENALAN
Menurut Mackienzie (2000) atlet muda merupakan atlet berkembang secara fizikal, bermula daripada zaman awal kanak-kanak sehingga akhir masa kedewasaan. Hal ini bermakna mereka memiliki kebolehan yang berbeza dalam pengadaptasian program latihan versi atlet dewasa dan atas sebab itu, atlet muda perlu diberi program latihan yang sesuai berdasarkan umur mereka (Aryadi, 2012). Individu yang berumur di bawah 18 tahun dikategorikan sebagai kanak-kanak seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. WHO pula mengkategorikan individu yang berumur antara 10-19 tahun sebagai remaja (adolescent) dan individu yang berumur antara 15-24 tahun sebagai belia (youth). Oleh yang demikian, WHO mengambil pendekatan mengkategorikan dua kumpulan umur yang bertindih tersebut iaitu 10-24 tahun sebagai golongan muda (young people).

KADAR TUMBESARAN
Menurut Rieser (2002) dalam Long Term Athlete Development (LTAD), menyatakan bahawa dua tahun yang pertama kanak-kanak membesar lebih kurang 5 inci (13cm). Tumbesaran kemudiannya dalam keadaan stabil iaitu 2.5 inci (6 cm) setiap tahun sehingga kanak-kanak mencecah umur 11 bagi kanak-kanak perempuan dan 13 bagi kanak-kanak lelakI. Tumbesaran bermaksud perubahan yang boleh dinilai atau diukur dari satu peringkat ke peringkat perkembangan yang lain. Ia sebenarnya merupakan suatu proses perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu pertambahan dalam pelbagai sifat luaran dan dalaman seseorang. Contoh yang paling nyata ialah perubahan sifat jasmani seperti saiz, tinggi dan berat badan. Pertumbuhan melibatkan perubahan dari aspek fizikal sertal mental dan akan mencapai puncaknya sebaik sahaja seseorang individu itu mencapai kematangan. Dalam kehidupan seseorang, terdapat perubahan yang progresif pada struktur tulang, otot, saraf dan kelenjar. Proses pertumbuhan bagi sesuatu organisma biasanya sudah sedia terancang di dalam gen-gen yang diwarisi oleh sesuatu keturunan. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua faktor asas dalam proses tumbesaran dan juga latihan. Pengetahuan mengenai kedua fakor ini adalah asas kepada penentuan objektif kejurulatihan, kepada perancangan aktiviti latihan dan kepada penciptaan teknik latihan untuk atlet muda dalam peningkatan perkembangan dan tumbesaran.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN.
Menurut Nur Humairah Binti Fakir (2012), Dua faktor utama yang mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan adalah keturunan dan juga persekitaran. Faktor tersebut diistilahkan sebagai faktor semula jadi dan pemeliharaan. Keduanya iaitu keturunan dan persekitaran adalah penting dalam tumbesaran dan perkembangan seseorang individu. Adalah sukar untuk menentukan yang manakah lebih berpengaruh dan ini terus dipertikaikan oleh ahli-ahli sarjana sehingga ke hari ini.
                                                                                               
Faktor keturunan merupakan faktor semula jadi yang merangkumi pengaruh baka, perbezaan individu, perbezaan mental dan perbezaan emosi. Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia dapat dilihat berdasarkan perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan juga emosi. Selain itu, perbezaan setiap individu mempunyai ciri fizikal yang berbeza sama ada saiz, tinggi, berat badan, warna kulit dan sebagainya. Perbezaan mental pula menurut ahli psikologi telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebaya. Manakala perbezaan emosi seseorang individu juga diwarisi daripada ibu bapa. Misalnya, jika ibu bapa mempunyai sikap yang pemarah dan panas baran, mereka akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.
Faktor kedua pula ialah faktor persekitaran yang merupakan faktor pemeliharaan di mana selain daripada keluarga, rakan sebaya, jiran, guru atau kepercayaan masyarakat juga mempengaruhi sikap setiap individu dalam proses perkembangan nya. Keluarga adalah institusi memberi pengaruh yang amat kuat dan utama terhadap proses perkembangan manusia. Unsur keluarga ini melibatkan corakkehidupan mereka di rumah, makanan, asuhan dan status ekonomi. Faktor inilah yang akan mempengaruhi berbezaan perkembangan setiap individu.





Jadual berikut adalah berdasarkan Canadian coaching consultant, Istvan Balyi (2012)
JADUAL 1= PERKEMBANGAN PERUBAHAN FIZIKAL
CIRI-CIRI ASAS
KESAN UMUM: PRESTASI KEMAMPUAN DAN BATASAN
IMPLIKASI KEPADA JURULATIH
Sistem peredaran darah dan pernafasan mencapai kematangan.



Peningkatan dalam ketinggian dan berat badan secara beransur-ansur berkurang. Penstabilan berlaku di dalam sistem otot.
Sistem-sistem ini umumnya mampu memberi output maksimum.


Otot telah tumbuh dewasa mereka ukuran, tetapi kekuatan otot terus meningkat, mencapai puncaknya pada akhir 20-an.
Sistem aerobik dan anaerobik boleh dilatih untuk output maksimum. penuh sukan khusus latihan sistem tenaga harus dilaksanakan.

Latihan beban dapat dimaksimalkan untuk meningkatkan pembangunan kekuatan keseluruhan. Latihan saraf harus dioptimumkan pada tahap ini.

Kematangan sistem rangka akan berterusan kepada
lelaki dan perempuan.
Tisu penghubung masih
Kukuh dan mempunyai ketahan yang optimum.
Progresif dalam latihan
perlu diteruskan.








JADUAL 2: PERKEMBANGAN MENTAL DAN KOGNITIF
CIRI-CIRI ASAS
KESAN UMUM: PRESTASI KEMAMPUAN DAN BATASAN
IMPLIKASI KEPADA JURULATIH
Umumnya, pada usia 16, otak mempunyai mencapai saiz dewasa tetapi terus matang untuk beberapa tahun lagi
Pemain dapat mengatasi beberapa strategi dan taktik, terutama di dekat akhir fasa.
Pelatih harus memastikan perbaikan semua kemahiran teknikal dan taktikal.
Pemikiran kritis sedang membangun dengan baik pada tahap ini.
Kapasiti analisis diri dan pembetulan berkembang.
Keputusan yang diambil harus dikembangkan lebih lanjut melalui teknikal, taktikal pembangunan.










JADUAL 3: PERKEMBANGAN EMOSI
CIRI-CIRI ASAS
KESAN UMUM: PRESTASI KEMAMPUAN DAN BATASAN
IMPLIKASI KEPADA JURULATIH
Pengaruh rakan sebaya masih kekuatan yang besar.
Bebas membuat keputusan dan kemahiran kepimpinan menjadi lebih maju.
Pemain harus diberi peluang untuk berkembang melalui penyertaan dalam yang sesuai melibatkan kepimpinan atau peranan yang bertanggungjawab (iaitu ketua pasukan, wakil atlet, dan lain-lain) tetapi hala tuju yang kukuh dan disiplin harus dijaga.
Atlet sedang mencari yang stabil, seimbang imej diri.
Sangat obses  terhadap kejayaan dan kegagalan. Mencari teknik untuk mengatasi masalah yang bermanfaat.
Penilaian yang positif dari persembahan dan penguatan positif adalah penting.
Aktiviti dan interaksi dengan lawan jenis memainkan peranan yang kuat dalam fasa ini.
Pemain lelaki perlu sedar bahawa pemain wanita kini menghadapi masalah kewanitaan berbanding pembangunan sukan. Pemain wanita perlu sedar bahawa atlit lelaki sekarang menghadapi masalah berkaitan prestasi untuk kejayaan.
Kemudahan cara pengiktirafan dari bekas isu-isu melalui pendidikan dan kelab program.


TUMBESARAN TULANG
Menurut Ashaario (2010), proses pembentukan tulang pada tubuh dikenali sebagai osifikasi. Osifikasi adalah sebuah proses pembentukan tulang. Pembentukan tulang dimulai dari perkembangan jaringan penyambung seperti tulang rawan (kartilago) yang berkembang menjadi tulang keras.
Proses osifikasi bermula pada sekitar bulan kedua kehidupan intra uterus (dalam rahim) dan berlangsung sehingga dewasa. Pertumbuhan tulang ini akan lengkap pada bulan ketiga kehamilan. Pertumbuhan tulang bayi di dalam rahim dipengaruhi hormon plasenta dan kalsium. Setelah bayi lahir, proses pertumbuhan tulangnya diatur oleh hormon pertumbuhan, kalsium dan aktiviti harian. Rangka embrio dibentuk secara langsung sama ada daripada tisu mekanisme (tisu lapisan tengah embrio) atau rawan hialin. Kedua-dua tisu ini membentuk struktur yang menyerupai tulang untuk menghasilkan medium osifikasi. Oleh itu, terdapat dua jenis pembentukan tulang. Jika tulang dibentuk secara langsung daripada tisu mesenkima, proses ini dikenali sebagai osifikasi intra rnembran. Tetapi sebaliknya jika tulang dibentuk di dalam rawan hialin proses ini disebut sebagai osifikasi endokondral.
JENIS OSIFIKASI:
  • a. Osifikasi endokondral          : pembentukan tulang dari tulang rawan, terjadi pada tulang panjang
  • b. Osifikasi intramembranosus : pembentukan tulang dari mesenkim, seperti tulang pipih pada tengkorak
  • c. Osifikasi heterotopik            : pembentukan tulang di luar jaringan lunak







TUMBESARAN OTOT

Menurut Sean Hogan (2011) dalam blog The Strength and Conditioning, atlet muda sangat memerlukan pembentukan otot fizikal sesuai dengan acara sukan. Otot manusia terbahagi kepada tiga jenis iaitu otot rangka, otot kardiak dan otot licin.

OTOT RANGKA.
Otot rangka ini bercantuman dengan tulang dan fungsi tama ialah menghasilkan pergerakan. Ia boleh dikawal dan tidakannya bergantung kepada kawalan Sistem Saraf Pusat.

OTOT KARDIAK.
Merupakan tisu bergelar myocardium dilapisi oleh beberapa lapisan tisu, menjadikannya sebagai pam yang mengembang dan menguncup untuk mengubah rongga agar darah sentiasa mengalit ke seluruh tubuh.

OTOT LICIN.
Terdapat pada dinding tisu sistem penghadaman seperti dinding esofagus, dinding usus dan salur darah. Ia melakukan tindakan menggerakkan makanan melalui usus dan menguncupkan uterus semasa proses kelahiran bayi.

FUNGSI OTOT.
Menghasilkan pergerakan.
v  Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan menulis.
Mengekalkan Postur.
v  Otot memberi bentuk pada manusia untuk menyokong tubuh badan dan mengekalkan postur.
Menstabilkan Sendi.
v  Melain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot juga membantu menstabilkan sendi-sendi rangka.

LEMAK
Perubahan hormonal pada masa pubertas juga mempengaruhi komposisi tubuh dalam hal lemak .
• Saat lahir, baik laki-laki dan perempuan memiliki sekitar 10 sampai 12% lemak tubuh,
• Pra-pubertas, baik perempuan dan laki-laki masih memiliki lemak tubuh yang sama 16-18%,
• Pasca-pubertas, anak perempuan memiliki sekitar 25% lemak tubuh karena estrogen serum yang tinggi, yang menyebabkan pinggul untuk memperluas dan lemak ekstra untuk disimpan di daerah yang sama,
• Pasca-pubertas, anak laki-laki memiliki 12 sampai 14% lemak tubuh.
Perempuan paling atletis, pasca-pubertas, cenderung untuk menjaga lemak tubuh di sekitar 18% (Wilmore & Costill, 1994) [2] . Setiap lebih rendah dari 12% lemak tubuh untuk wanita dapat dianggap tidak sehat dalam hal mempertahankan kepadatan tulang dan mengganggu tingkat hormon, yang dapat meningkatkan risiko patah tulang stres . Pelatih perlu memastikan atlet wanita menyadari bahwa sampai mereka 19, mereka terus akan mendapatkan dalam otot dan secara alami akan kenaikan berat badan dan bahwa dengan memakan jenis makanan yang tepat adalah cara untuk menghindari kenaikan berat badan yang tidak diinginkan.










PERKEMBANGAN KEMAHIRAN
Menurut Davis (2004), perkembangan kemahiran merupakan pergerakan yang dilakukan atau sesuatu tindakan pergerakan yang dikawal oleh otak dalam keadaan sedar. Melalui pergerakan yang dipelajari, otak akan mengawal tindakan apabila kita memilih untuk bergerak. Selain itu, untuk melakukan satu pergerakan yang betul, seseorang atlet memerlukan maklum balas atau respon yang membolehkan atlet untuk menilai keberkesanan gerakan yang dilakukan olehnya.
Menurut Davis (2004), terdapat dua proses maklum balas:
Exteroceptive – pergerakan yang dilakukan oleh atlet melalui pemerhatian dari pelatih atau pemerhatian melalui video.
Proprioseptif – pergerakan ini memerlukan atlet menggunakan otot untuk merasa tekanan gerakan yang dilakukan. Contohnya, seseorang atlet itu akan melakukan pergerakan menggunakan ototnya dan jika pergerakan yang dilakukan oleh atlet tersebut tidak menyakitkan ototnya maka pergerakan yang dilakukan itu adalah bersesuaian dengan atlet tersebut.
Jenis-jenis kemahiran
Menurut Brian Mac (2014), terdapat 2 jenis kemahiran iaitu kognitif dan motor. Pertama kemahiran kognitif iaitu merupakan kemahiran yang memerlukan proses pemikiran. Kemahiran kedua iaitu persepsi iaitu melalui maklumat atau informasi yang diperolehi. Manakala, kemahiran ketiga ialah kemahiran motor, kemahiran ini menggunakan pergerakan motor dan kawalan otot.
Terdapat empat cara untuk mengajar perkembangan kemahiran yang baru kepada atlet muda iaitu dengan menggunakan arahan lisan, demonstrasi, video,diagram dan menggunakan rujukan bergambar. Menurut Galligan (2004), pembelajaran kemahiran boleh berlaku dengan melalui teori ke praktikal dan latihan untuk pertandingan.



POTENSI PERTUMBUHAN BERKAITAN KECEDERAAN
Menurut Krishna Kumar (2011), sukan merupakan aktiviti fizikal yang lasak dan memerlukan pergerakan fizikal yang banyak dan seringkali boleh mengakibatkan kecederaan. Atlet muda mempunyai keperluan khas kerana mereka sering memerlukan banyak bimbingan dan penjagaan ini kerana mereka lebih cenderung kepada berlakunya kecederaan. Terdapat perbezaan antara atlet kanak-kanak dengan atlet dewasa yang ketara dalam segi koordinasi, kekuatan dan stamina. Bagi atlet muda, tulang, tendon dan kawasan pertumbuhan dalam tulang dan ligamen mengalami corak pertumbuhan yang tidak sekata menyebabkan mereka lebih mudah terdedah kepada kecederaan.

Kecederaan tisu lembut
Merupakan kecederaan utama yang berkaitan dengan sukan. Hampir 95% daripada kecederaan sukan melibatkan tisu lembut. Selain itu, langkah-langkah pengawasan yang minimum boleh mencegah daripada kecederaan.

Terseliuh
Hampir satu pertiga kecederaan sukan dikelaskan sebagai keseliuhan. Terseliuh adalah koyakan separa atau lengkap ligamen. Gejala-gejala termasuk sendi longgar atau tidak stabil,ketidakupayaan untuk menanggung berat badan kerana sakit dan kehilangan pergerakan.

Ketegangan otot
Ketegangan  merupakan koyakan separa atau lengkap otot atau tendon. Tisu otot terdiri daripada sel-sel dan untuk pergerakan tubuh baan. Tendon terdiri daripada tisu perantara yang melekat kepada tulang.

Kecederaan tulang belakang
Walaupun kecederaan saraf tunjang dalam sukan adalah jarang berlaku, cuma 10% daripada kesemua kecederaan belakang berlaku semasa sukan seperti bermain bola sepak. Kecederaan saraf tunjang menyebabkan lumpuh dari tangan ke kaki. Atlet sukan boleh mengurangkan risiko dengan melakukan senaman untuk mengukuhkan otot leher.

LATIHAN BEBANAN
Menurut Jim Kielbasa (2008), latihan bebanan merupakan satu program latihan kekuatan yang sangat rumit. Secara keseluruhannya, program ini perlu dilakukan dengan secara menyeluruh. Ianya memerlukan latihan yang berat dan progresif. Selain itu, semua komponen ini ianya dapat membantu atlet mendapat manfaat daripada program latihan yang telah dijalankan. Antara komponennya ialah :

Komprehensif (latihan secara menyeluruh)
Komprehensif merupakan satu latihan yang khusus untuk atlet muda. Ianya merangkumi otot utama iaitu dada, bahagian belakang atas badan, bahu, bisep ,trisep, leher, perut, bahagian belakang bawah badan, pinggul, paha depan, paha belakang dan betis.

Progresif (kemajuan)
Progresif merupakan salah satu latihan untuk meningkatkan kemajuan seseorang atlet. Sebagai contoh, seorang atlet melakukan push up sebanyak sepuluh kali pada hari ini dan untuk keesokan hari atlet tersebut harus melakukan push up sebanyak 11 kali. Ini dinamakan peningkatan untuk latihan yang progresif.

Kekerapan (ulangan)
Jumlah set atau jumlah kekerapan latihan yang digunakan pada latihan atau dalam latihan yang lengkap amat berbeza. Dalam erti kata lain setiap set yang dilakukan perlu dibuat sehingga ke titik keletihan otot. Jadi setiap set amat berbeza bagi setiap atlet. Sebagai contoh atlet A mampu untuk mengangkat bebanan sebanyak 10 kali maka untuk atlet A setiap 10 kali bebanan diangkat ianya dikira sebagai satu set.




RUMUSAN.
Kesimpulannya, jurulatih dari generasi muda perlu memastikan bahawa setiap kanak-kanak atau orang muda yang mengambil bahagian dalam olahraga mampu untuk mengambil bahagian dalam persekitaran yang menyeronokkan dan selamat dan dilindungi dari kelalaian dan penderaan fizikal, seksual dan emosi. Pelbagai perkara yang perlu dititik beratkan oleh para jurulatih bagi melatih atlet-atlet muda. Hal ini demikian kerana para atlet muda memerlukan masa dan persekitaran yang sesuai dan mengambil masa untuk mengadaptasi segala program latihan yang dirancang dan dilatih. Dengan  perlaksanaan semua ini, objek yang telah ditetapkan oleh para jurulatih untuk melatih atlet muda akan dapat dicapai dengan konsisten dan juga dengan jayanya.

















Thursday, November 27, 2014

KEJURULATIHAN SUKAN (SAINS SUKAN)


A. KONSEP DAN ATRIBUT JURULATIH


 -TAKRIF KEJURULATIHAN DALAM SUKAN.

(Jurulatih Sukan)
  • Merupakan individu yang berperanan sebagai pelatih, pengajar, pembimbing dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan sukan.

(Kejurulatihan Sukan)
  • Merupakan proses yang terancang untuk membantu seseorang individu atau kumpulan atlet mempelajari sesuatu kemahiran dan seterusnya mencapai matlamatnya.

B. CIRI-CIRI JURULATIH CEMERLANG.




  1. Matlamat Yang Jelas.
  2. Berfalsafah Kejayaan.
  3. Berpengetahuan.
  4. Beretika.
  5. Komitmen Yang Tinggi.
  6. Kualiti Seorang Jurulatih.
  7. Mewujudkan Keseronokan Dalam Latihan.
  8. Membangun Personaliti Atlet Dan Jurulatih
  9. Bermotivasi
  10. Proaktif.

C. PERANAN JURULATIH.





  1. Pendidik.
  2. Pembimbing Cara.
  3. Pendisiplin.
  4. Pekerja Sosial
  5. Pelajar
  6. Pengawal Perhubungan Awam (Agen Publisiti)
  7. Rakan
  8. Saintis


D. TANGGUNGJAWAB JURULATIH.



  1. Menyediakan Program Latihan
  2. Pemilihan Pemain
  3. Melatih
  4. Merangka Strategi
  5. Mencari Bakat
  6. Menguji Dan Merangka Program Pembangunan Sukan

E. ETIKA KEJURULATIHAN.
  • Merupakan satu rangkaian prinsip atau nilai kemanusiaan yang diterima sebagai perlakuan biasa untuk sesebuah masyarakat ataupun kelakuan yang lazim.
  • Dalam sukan terdapat dua jenis etika iaitu:
                     1. Profesion
                     2. Kendiri.

1. (Etika Profesion)
  • Berkelayakan
  • Berkelakuan Baik
  • Berdisiplin
  • Bekerjasama
  • Bersikap Positif
  • Mengikut Perkembangan Sukan.
  • Berusaha Memajukan Diri
  • Berminat Dalam Sukan Yang Diceburi

2. (Etika Kendiri)
  • Bertanggungjawab Terhadap Tindakan
  • Menggalakkan Keharmonian
  • Mengeratkan Perpaduan
  • Mempunyai Tabiat Kerja Yang Baik
  • Mengurus Masa Dengan berkesan

F. KEMAHIRAN ASAS KEJURULATIHAN.

1. (Kemahiran Lisan (Verbal) Dan Bukan Lisan (Non Verbal) Dalam Sukan)
  • Komunikasi merupakan satu proses pemindahan maklumat daripada seseorang kepada seseorang yang lain.
  • Komunikasi adalah satu proses interaktif yang melibatkan penghantaran dan penerimaan secara lisan atau bukan lisan.

1.1 (Komunikasi Lisan)
  • Merupakan bahasa yang digunakan, perkataan yang dipilih, nada suara dan kelajuan suara.
1.2 (Komunikasi Bukan Lisan)
  • Merupakan pandangan mata (eye contract), ekspresi muka, gerak geri, cara kita berpakaian, penampilan dan orientasi badan kita.
1.3 (Komunikasi Berkesan)
  • Mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas
  • Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima.
  • Mesej yang disampaikan mempunyai unsur kos-efektif
2. (Kemahiran Fizikal)
  • Merupakan satu aspek terpenting dan ia adalah ramuan terpenting dalam latihan fizikal yang memerlukan pencapaian prestasi tinggi.
  • Kemahiran fizikal terbahagi kepada:
                              1. Persediaan am fizikal
                              2. Fasa spesifik persediaan fizikal
                              3. Tahap keupayaan motor tertinggi

3. (Kemahiran Psikologi)
  • Merupakan latihan yang dapat menguatkan keazaman atlet untuk berjuang atau bertanding dan menolong mereka mencapai tahap penumpuan atau fokus semasa pertandingan.
4. (Kemahiran Teknikal)
  • Merupakan aspek pembelajaran teknik berkenaan dengan struktur sesuatu kemahiran.
  • kemahiran teknikal merangkumi semua struktur dan elemen teknikal yang digabungkan dalam suatu pergerakan yang efisien dan tepat.


P/S: Semoga Nota Dan Input Yang Telah Dikongsikan Ini Dapat Memberikan Manfaat Kepada Semua.

(Sumber Nota Diatas Ialah Daripada Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 6.)

SISTEM URINARI (SAINS SUKAN)


A. KOMPONEN SISTEM UTAMA SISTEM URINARI:


  1. Ginjal
  2. Ureters
  3. Pundi Kencing
  4. Urethra 

SISTEM URINARI MANUSIA



B. FUNGSI KOMPONEN SISTEM URINARI:


(GINJAL)
  1. Menapis urea daripada darah melalui nephrons.
  2. Setiap nephron mempunyai kapilari darah yang berbentuk bola dipanggil glomerulus dan salur kecil yang dinamakan renal tubule.
  3. Mempunyai tiga kawasan utama iaitu renal corteks, renal medulla dan renal pelvis.
  4. Bahagian luar ialah renal corteks
  5. Bahagian kedua ialah renal medulla.



GINJAL


(URETERS)
  1. Tiub kecil yang menghantar air kencing ke bledder.
  2. Otot di dinding ureter menguncup dan mengetat untuk menghantar air kencing ke bawah jauh daripada ginjal.
  3. Setiap 10 hingg ke 15 saat, ureter akan menghantar air kencing ke bladder dalam jumlah yang sedikit.

URETERS



(PUNDI KENCING)
  1. Menyimpan urin buat sementara waktu.
  2. Dinding bladder menguncup dan mengembang untuk menyimpan air kencing dan menguncup untuk membuang air kencing.

PUNDI KENCING

(URETHRA)
  1. Menyalurkan air kencing dan menyalurkan air mani.
  2. Air kencing dan air mani tidak akan bercampur walaupun keluar melalui salur yang sama..

URETHRA



C. FUNGSI SISTEM URINARI

(Rembesan)
  • Proses perembesan atau pengeluaran air kencing.
  • Bahan yang tidak diperlukan seperti urea, racun, pigmen dan dadah akan dibiarkan keluar dalam air kencing.
(Pengekalan Keseimbangan Asid Bes [Alkali])
  • Alkali meneutralkan asid berlebihan.
  • Keseimbangan asid-alkali penting kerana jika kandungan alkali rendah maka badan akan menggunakan nutrisi daripada organ lain untuk meneutralkan asid.
(Pembuangan Urin)
  • Air kencing akan mengalir dari ginjal ke pundi kencing.
  • Gerakan peristaltis dari salur ginjal membantu dalam alirannya terkandung dalam pundi kencing.






P/S: Semoga Nota Dan Input Yang Telah Dikongsikan Ini Dapat Memberikan Manfaat Kepada Semua.

(Sumber Nota Diatas Ialah Daripada Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 6.)

Wednesday, November 26, 2014

KECERGASAN FIZIKAL DAN KESEJAHTERAAN (SAINS SUKAN)







A. TERDAPAT 2 KONSEP KECERGASAN FIZIKAL IAITU:

  1. Berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian.
  2. Menggunakan masa lapang dengan lebih berkesan.

B. KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN KESIHATAN:

  1. Daya Tahan Kardiovaskular.
  2. Daya Tahan Otot.
  3. Kekuatan Otot.
  4. Fleksibiliti.
  5. Komposisi Badan.

1. Daya Tahan Kardiovaskular.

-Kemampuan jantung, salur darah, darah dan sistem respiratori untuk membekalkan oksigen ke otot-otot pada tubuh.
-Keupayaan otot untuk menggunakan bahan bakar bagi melakukan aktiviti fizikal dalam jangka masa yang lama.

2. Daya Tahan Otot

-Keupayaan otot melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangka masa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.

3. Kekuatan Otot

-Merupakan otot-otot yang berkerja dapat mengatasi rintangan bagi menghasil kan daya atau kerja.

4. Fleksibiliti

-Julat pergerakan yang boleh dilakukan pada sendi-sendi.

5. Komposisi Badan

-Kadar relatif otot rangka, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh individu.

C. TERDAPAT 2 KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL:

  1. Kepantasan.
  2. Ketangkasan.

D. MAKSUD KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN LAKUAN MOTOR:

1. Kepantasan

-Kepantasan adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam jangka masa yang singkat.
-Kepantasan juga dirujuk sebagai jarak pergerakan yang dicapai atau diperoleh dalam satu jangka masa yang diberi.

2. Ketangkasan

-Ketangkasan merupakan keupayaan individu untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan cepat dan seterusnya mampu menukar arah dengan pantas.

3. Koordinasi

-Koordinasi adalah kebolehan individu yang aktif fizikalnya untuk menyelaraskan dan menyeragamkan pergerakan anggota tubuh.

4. Kuasa

-Kuasa ialah keupayaan individu yang cergas dapat memindahkan tenaga kepada daya dengan cepat dan pantas secara eksplosif.

5. Imbangan

-Imbangan merujuk kepada keupayaan individu mengekalkan kedudukan tubuhnya dengan baik sama ada ketika bergerak ataupun pegun.

6. Masa Reaksi

-Masa reaksi merujuk kepada masa yang diambil oleh individu untuk bertindak setelah menerima ransangan.

E. TERDAPAT 3 KOMPONEN UTAMA YANG PERLU DILAKUKAN APABILA MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL:

  1. Pemanasan Badan.
  2. Aktiviti Gerak Kerja.
  3. Aktiviti Gerak Kendur Atau Menyejukkan Badan.





P/S: Semoga Nota Dan Input Yang Telah Dikongsikan Ini Dapat Memberikan Manfaat Kepada Semua.

(Sumber Nota Diatas Ialah Daripada Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 6.)