A. KOMPONEN SISTEM UTAMA SISTEM URINARI:
- Ginjal
- Ureters
- Pundi Kencing
- Urethra
SISTEM URINARI MANUSIA
B. FUNGSI KOMPONEN SISTEM URINARI:
(GINJAL)
- Menapis urea daripada darah melalui nephrons.
- Setiap nephron mempunyai kapilari darah yang berbentuk bola dipanggil glomerulus dan salur kecil yang dinamakan renal tubule.
- Mempunyai tiga kawasan utama iaitu renal corteks, renal medulla dan renal pelvis.
- Bahagian luar ialah renal corteks
- Bahagian kedua ialah renal medulla.
GINJAL
(URETERS)
- Tiub kecil yang menghantar air kencing ke bledder.
- Otot di dinding ureter menguncup dan mengetat untuk menghantar air kencing ke bawah jauh daripada ginjal.
- Setiap 10 hingg ke 15 saat, ureter akan menghantar air kencing ke bladder dalam jumlah yang sedikit.
URETERS
(PUNDI KENCING)
- Menyimpan urin buat sementara waktu.
- Dinding bladder menguncup dan mengembang untuk menyimpan air kencing dan menguncup untuk membuang air kencing.
PUNDI KENCING
(URETHRA)
- Menyalurkan air kencing dan menyalurkan air mani.
- Air kencing dan air mani tidak akan bercampur walaupun keluar melalui salur yang sama..
URETHRA
C. FUNGSI SISTEM URINARI
(Rembesan)
- Proses perembesan atau pengeluaran air kencing.
- Bahan yang tidak diperlukan seperti urea, racun, pigmen dan dadah akan dibiarkan keluar dalam air kencing.
(Pengekalan Keseimbangan Asid Bes [Alkali])
- Alkali meneutralkan asid berlebihan.
- Keseimbangan asid-alkali penting kerana jika kandungan alkali rendah maka badan akan menggunakan nutrisi daripada organ lain untuk meneutralkan asid.
(Pembuangan Urin)
- Air kencing akan mengalir dari ginjal ke pundi kencing.
- Gerakan peristaltis dari salur ginjal membantu dalam alirannya terkandung dalam pundi kencing.
P/S: Semoga Nota Dan Input Yang Telah Dikongsikan Ini Dapat Memberikan Manfaat Kepada Semua.
(Sumber Nota Diatas Ialah Daripada Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 6.)
No comments:
Post a Comment