A. KONSEP DAN ATRIBUT JURULATIH
-TAKRIF KEJURULATIHAN DALAM SUKAN.
(Jurulatih Sukan)
- Merupakan individu yang berperanan sebagai pelatih, pengajar, pembimbing dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan sukan.
(Kejurulatihan Sukan)
- Merupakan proses yang terancang untuk membantu seseorang individu atau kumpulan atlet mempelajari sesuatu kemahiran dan seterusnya mencapai matlamatnya.
B. CIRI-CIRI JURULATIH CEMERLANG.
- Matlamat Yang Jelas.
- Berfalsafah Kejayaan.
- Berpengetahuan.
- Beretika.
- Komitmen Yang Tinggi.
- Kualiti Seorang Jurulatih.
- Mewujudkan Keseronokan Dalam Latihan.
- Membangun Personaliti Atlet Dan Jurulatih
- Bermotivasi
- Proaktif.
C. PERANAN JURULATIH.
- Pendidik.
- Pembimbing Cara.
- Pendisiplin.
- Pekerja Sosial
- Pelajar
- Pengawal Perhubungan Awam (Agen Publisiti)
- Rakan
- Saintis
D. TANGGUNGJAWAB JURULATIH.
- Menyediakan Program Latihan
- Pemilihan Pemain
- Melatih
- Merangka Strategi
- Mencari Bakat
- Menguji Dan Merangka Program Pembangunan Sukan
E. ETIKA KEJURULATIHAN.
- Merupakan satu rangkaian prinsip atau nilai kemanusiaan yang diterima sebagai perlakuan biasa untuk sesebuah masyarakat ataupun kelakuan yang lazim.
- Dalam sukan terdapat dua jenis etika iaitu:
1. Profesion
2. Kendiri.
1. (Etika Profesion)
- Berkelayakan
- Berkelakuan Baik
- Berdisiplin
- Bekerjasama
- Bersikap Positif
- Mengikut Perkembangan Sukan.
- Berusaha Memajukan Diri
- Berminat Dalam Sukan Yang Diceburi
2. (Etika Kendiri)
- Bertanggungjawab Terhadap Tindakan
- Menggalakkan Keharmonian
- Mengeratkan Perpaduan
- Mempunyai Tabiat Kerja Yang Baik
- Mengurus Masa Dengan berkesan
F. KEMAHIRAN ASAS KEJURULATIHAN.
1. (Kemahiran Lisan (Verbal) Dan Bukan Lisan (Non Verbal) Dalam Sukan)
- Komunikasi merupakan satu proses pemindahan maklumat daripada seseorang kepada seseorang yang lain.
- Komunikasi adalah satu proses interaktif yang melibatkan penghantaran dan penerimaan secara lisan atau bukan lisan.
1.1 (Komunikasi Lisan)
- Merupakan bahasa yang digunakan, perkataan yang dipilih, nada suara dan kelajuan suara.
1.2 (Komunikasi Bukan Lisan)
- Merupakan pandangan mata (eye contract), ekspresi muka, gerak geri, cara kita berpakaian, penampilan dan orientasi badan kita.
1.3 (Komunikasi Berkesan)
- Mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas
- Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima.
- Mesej yang disampaikan mempunyai unsur kos-efektif
2. (Kemahiran Fizikal)
- Merupakan satu aspek terpenting dan ia adalah ramuan terpenting dalam latihan fizikal yang memerlukan pencapaian prestasi tinggi.
- Kemahiran fizikal terbahagi kepada:
1. Persediaan am fizikal
2. Fasa spesifik persediaan fizikal
3. Tahap keupayaan motor tertinggi
3. (Kemahiran Psikologi)
- Merupakan latihan yang dapat menguatkan keazaman atlet untuk berjuang atau bertanding dan menolong mereka mencapai tahap penumpuan atau fokus semasa pertandingan.
4. (Kemahiran Teknikal)
- Merupakan aspek pembelajaran teknik berkenaan dengan struktur sesuatu kemahiran.
- kemahiran teknikal merangkumi semua struktur dan elemen teknikal yang digabungkan dalam suatu pergerakan yang efisien dan tepat.
P/S: Semoga Nota Dan Input Yang Telah Dikongsikan Ini Dapat Memberikan Manfaat Kepada Semua.
(Sumber Nota Diatas Ialah Daripada Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 6.)